Servis kenderaan tidak hanya perlu dilakukan sebelum pulang berhari raya sebaliknya selepas pulang dari kampung halaman juga memerlukan pemeriksaan lanjut.<br /><br />Menyedari peluang itu, Fateh Tyre and Auto Sendirian Berhad yang berpusat di Johor menyediakan khidmat pemeriksaan dan servis kenderaan.<br /><br />Namun pemiliknya Mohd Effendi Abdul Talib sedar kos sara hidup yang tinggi amat membebankan orang ramai dan justeru itu beliau pastikan khidmat yang ditawarkan adalah pada harga mampu milik.
